entri untuk berhenti merokok

aku paham ianya susah. lagi-lagi kalau dah bersama hampir sepuluh tahun, apalah sangat kalu nak dibandingkan dengan yang 3tahun itu.. eh silap yang 3 tahun itu sekarang ni a part of masa depan aku so kene respek la sedikit..

ada orang cakap nak berhenti rokok ni kne makan banyak la.. hisap gula2 la.. mandi lah what so ever lah. tapi pada aku nak berhenti secara drastik mana boleh.. jadi aku carik la cara nak kurang kan

1. hisap rokok yang tak best seperti SAAT, HALF TIME, TEXAS5 dan lain2 lah. dulu2 itu rokok time aku nak saving xpon memang dah xde duit langsung.

2.hisap gudang garam. gudang garam panjang. boleh hisap satu batang sehari cutting, hisap sikit simpan. sikit simpan.

surya gudang garam

nostalgic giloo

3. beli harvest. harvest ni tembakau asing nak smoke kena la menggulung dulu. apabila malas menggulung = xde rokok = xsmoke.nice tak?

tapi…..

1. aku menyesal beli rokok xsedap dan terus pau member aku yang hisap dunhill

2.hisap gudang garam bukan hisap simpan hisap lagi, tapi xsempat nak terlintas simpan dah habis sebatang. camne? bakar la lagi satu biar boleh simpan

3. aku sangat rajin menggulung. siap boleh gulung untuk petang nanti lagi.

sekarang ni aku tengah gulung rokok gak ni

Posted in random words in front of the pc | 1 Comment

i am a peacock let me fly?

pergi tengok, seronok!

Posted in muvie magik | Leave a comment

tweetup kenduri kahwin dan orang besar

baiklah ini cerita hujung minggu yang lalu dimana ada 2 event yang agak besar jugalah dalam hidup aku. #oct23rdtwtup pada hari sabtu dan walimah al-fadhil al-ramlee pada hari ahadnya.

first time pergi tweetup atau meet-up tweeps lah kiranya, aku agak tenggelam kerana ramai sangat orang. tak tau nak buat apa. dan kalau ikut hieraki nya aku ni kira lowlife la dalam alam TwitterJaya tersebut. tapi aku seronok jumpa ramai orang macam @limmengkeong @Eekmal @nadyaZee @Ahcharp dan ramai lah orang-orang yang selalunya aku lihat dalam bentuk huruf-huruf yang kurang daripada 140 abjad.

dekat sana juga lah first time aku pegang controller gitar plastik pasal nak main game ROCK BAND ps3. ada feel macam randy marsh juga lah..

serius aku teringat mamat time main game rock band tersebut

gile kalut. hahahaa tapi it feels good to be part of something big like that. walaupun aku masih tak terbuka hati untuk buat foursquare dan check in “im here!” tapi entah kenapa aku bangga juga dengan satu superswarm badge itu.

in the end kata birthday party tapi aku macam xdapat makan kek je.. agak kuciwa disana sedikit. hehe. good first experience tapi bukan tweetup impian aku la.

hari ahad itu dimulakan dengan Umar Rasul kawan sekolah menengah telefon aku. katanya nak bergerak together ke walimah al-fadhil al-ramlee.

mereka dah 3bulan kawen.. masih sweet lagi..

@the88thkaiser pagi-pagi lagi dah menggosok baju. kna smart-smart katanya kat kenduri lah tempat nak score easy chicks! betul kah? aku rasa tak kot. kalau term ‘chicks’ tu dia maksudkan ‘ayam’ serius la senang. kenduri kawen mesti ada lauk ayam punya…

kalau nak kata term chicks untuk gadis aku rasa tidak lah. anak-anak muda sekarang mana suka datang kenduri kawen nih. kalau gadis datang pon in packs macam dalam belas-belas orang. susah..  tak pon datang dengan makbapak. itu lagi pedih. penah sekali aku lihat seorang mamat nih kacau anak dara sebelah mak gadis tersebut.

tapi pada walimah tersebut tak de la pulak gadis yang menarik perhatian sahabat aku nih. aku tunjuk seorang kat dia tinggi sedang-sedang berat: nampak cam ringan, yang penting die nampak sweet sangat dengan cekak pink tu. slek xde gambar. dia boleh rate 6.5 je?

aku fikir dah kenduri member lelaki aku. mesti la dia lagi banyak member lelaki dari member perempuan. betul tak?

tapi sekarang ni cerita member aku @superredpatek ataupun encik fathi-faruq ismahali . dia tak datang walimah al-fadhil al-ramlee. hantar meset kat member cakap sori.. tak bagitahu pulak sebab apa. mike cakap pasal orang besar ni sibuk sekarang. sibuk dengan apa bang?

Posted in random words in front of the pc | 3 Comments

macam tak nak cakap dengan saaya je

kenapa mesti cakap macam saaya xnak cakap dengan awak?

Posted in pick to rest | 2 Comments

balik ke rumah untuk membasuh baju

ya bunyinya memang sangat lame. dah besar-besar pon balik rumah basuh baju lagi? macam budak sekolah menengah je~suruh mak basuh ye? tak patut betul~ percayalah aku pun sebenarnya malas nak bawak baju banyak-banyak balik rumah tapi atas sebab-sebab tertentu tepaksalah aku bawak balik baju yang banyak untuk dibasuh di rumah.

mainly kerana mesin basuh di blok tu dah hancur, budak2 blok aku kan engineer letrik semuanya, sampai hancur diorang kodek mesin tu, semata-mata nak basuh baju free of charge, keji betul dan aku pon sangat malas nak basuh baju pakai tangan. (sape yang basuh baju pakai tangan lagi sekarang?)kalau banyak duit selalunya aku akan hantar ke dobi mak cik indon tu di old flat. tapi dah hujung2 sem ni sangat la kopak.

bila aku sampai dirumah, maam besar macam berat sangat nak bagi aku pakai mesin basuh dirumah, kerna mesin basuh dgn peti sejuk kongsi satu plug, dan kalau selalu sangat tukar plug, nnti peti sejuk punya power out. itu lah penjelasan kakak aku. walaupon agak kecewa, tapi aku kesah ape.

cabut juga plug tersebut, dan bila aku isi air dalam tub mesin basuh tu, semua keluar semula. oh saya sangat kecewa. dah rosak rupenye mesin basuh ni, maam besar pon dah lama tak guna. aduhhhh. memang terpaksa lah aku basuh pakai tangan juga dirumah. sejam lebih juga lah terperuk dalam bilik air. *tertekan

bila aku balik ke blok, aku nampak orang bilik sebelah bawak baldi turun ground floor, aku dengan curious nya pon bertanya

“weh jambang! asal bawak baldi turun? floor ni takde air ke?”

“xdela jat. basuh baju, mesin basuh ground floor dah boleh pakai”

tergamam sebentar

ohhhhhhhhh…..!!!!!!!!!! sialan betul lah!!!!!!!!1

Posted in rolled over | Leave a comment

setengah jam sebelum exam

selalunya masa-masa begini orang akan terpacak dihadapan exam hall sambil membelek-belek nota, last minit study, dan bagi yang UP sikit, mereka akan duduk berpeluk tubuh sambil memandang gelagat manusia yang lain, konon kondifen la tu.

tapi hari ni, setengah jam sebelum paper aku pagi tadi, aku

1. masih menghadap komputer dalam bilik melayan lagu-lagu maher zain. sedap lagu-lagu dia ni. serius. mula berfikir nak cari album

2. menunggu sahabat aku balik dari hospital serdang menghantar sahabat aku lagi seorang yang sakit ankle. dia pakai motorsikal aku. macam nak gerak ke exam hall kan?

3. minum kopi super mix. high beb! coffee pre-mix 3 in 1 ni sangat la sesuai kalau nak induce colon muscle untuk contract. konform beberapa minit lepas minum akan masuk ke booth-booth kecil.

4. pegang notes Process control yang serius aku tak berapa nak paham. (pegang saja lah) dah hujung-hujung semester ni, baru la terfikir nak beli buku lah, nak xerox la. awal-awal dulu cakap, ade note senior sudah cukup~~

5. aku ambil sehelai kertas A4, dan mula menulis….. ‘process control- step responses step by step’ buat toyol la ape lagi~ hehehe.

setiba nya sahabat aku memulangkan kunci motorsikal, incik colon dah vibrate dgn ganas, minta di kosongkan, dan aku ter ‘sing-along’ lagu maher zain dalam booth, tak patut, sangat tak patut. Dan dengan kelam-kabutnya aku pergi ke exam hall dengan memecut laju di sepanjang jalan Alpha.

natijahnya: lewat tiba ke exam hall,exam dah mula

moral? jangan minum kopi kalau tahu perut tak tahan, dan dah tau ade exam gerak la awal. sialan sungguh penulis ini.

p/s: rupanya exam aku open book, membazir je aku buat toyol bite size.

Posted in rolled over | 1 Comment

sudah lama tidak menonton wayang

xde la lama sangat pon sebenarnya. tapi dah lama aku xrasa puas tgk wayang

the last two movies i caught was

1. wall street, the money never sleeps

the kind of stuff only the ones who watched the first movie understands. kids? dont ever go in unless youre in your 30’s

2.legend of the guardians, owls of ga’hoole

a LOTR wanna be, light and sometimes heartwarming but still unsatisfactory. 3D animation great though

the next thing i look foward to is this:

hell yeah!

Posted in muvie magik | Leave a comment