balik ke rumah untuk membasuh baju

ya bunyinya memang sangat lame. dah besar-besar pon balik rumah basuh baju lagi? macam budak sekolah menengah je~suruh mak basuh ye? tak patut betul~ percayalah aku pun sebenarnya malas nak bawak baju banyak-banyak balik rumah tapi atas sebab-sebab tertentu tepaksalah aku bawak balik baju yang banyak untuk dibasuh di rumah.

mainly kerana mesin basuh di blok tu dah hancur, budak2 blok aku kan engineer letrik semuanya, sampai hancur diorang kodek mesin tu, semata-mata nak basuh baju free of charge, keji betul dan aku pon sangat malas nak basuh baju pakai tangan. (sape yang basuh baju pakai tangan lagi sekarang?)kalau banyak duit selalunya aku akan hantar ke dobi mak cik indon tu di old flat. tapi dah hujung2 sem ni sangat la kopak.

bila aku sampai dirumah, maam besar macam berat sangat nak bagi aku pakai mesin basuh dirumah, kerna mesin basuh dgn peti sejuk kongsi satu plug, dan kalau selalu sangat tukar plug, nnti peti sejuk punya power out. itu lah penjelasan kakak aku. walaupon agak kecewa, tapi aku kesah ape.

cabut juga plug tersebut, dan bila aku isi air dalam tub mesin basuh tu, semua keluar semula. oh saya sangat kecewa. dah rosak rupenye mesin basuh ni, maam besar pon dah lama tak guna. aduhhhh. memang terpaksa lah aku basuh pakai tangan juga dirumah. sejam lebih juga lah terperuk dalam bilik air. *tertekan

bila aku balik ke blok, aku nampak orang bilik sebelah bawak baldi turun ground floor, aku dengan curious nya pon bertanya

“weh jambang! asal bawak baldi turun? floor ni takde air ke?”

“xdela jat. basuh baju, mesin basuh ground floor dah boleh pakai”

tergamam sebentar

ohhhhhhhhh…..!!!!!!!!!! sialan betul lah!!!!!!!!1

Advertisements

About najatayub

just another normal person doing normal things everyday but tries to get out of the ordinary.
This entry was posted in rolled over. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s